Monday 6 February 2012

Liverpool–Day 2

Kami tumpang bermalam di rumah Mahanijah.  Dia ni kawan Mak masa belajar di Politeknik Ungku Omar.  Lepas Poly, masing-masing ikut haluan masing-masing.  Mak sambung belajar di UTM.  Mahanijah sambung di UiTM.  Di UiTM, dia sama belajar dengan Ayah pulak.  Jadinya, kawan Mak adalah kawan Ayah jugak.  Bertemu di lain-lain tempat dan akhirnya kami semua bertemu di Liverpool.  Terima kasih kerana tumpangkan kami sekeluarga.
DSC_3258
Selepas sarapan, Mahanijah bawa kami ke stadium Liverpool Anfield & Everton.  Kami tak la peminat setia mana-mana pasukan.  Jadi ok je pegi semua stadium.  Mari melawat stadium.  Tak masuk pun.  Ambik gambar kat luar dan beli souviner.
DSC_3299DSC_3278DSC_3288

DSC_3319DSC_3328DSC_3313
Kemudian kami ke destinasi utama kami.  Iaitu UKBA (UK Border Agency).  Itulah tujuan sebenar kami ke Liverpool.  Bukanla sekadar jalan-jalan je.  Tapi kami ke sana untuk buat Biometrik signature untuk Visa extension kami.  Maaf, tiada gambar di sini.  Selesai urusan.  Tak la lama sangat.
Siang masih muda & kami masih ada masa lagi.  Jadi kami ke Albert Dock semula.  Ronda-ronda & melawat ke Muzium Liverpool yang percuma itu.  Best jugak muzium ni.  Macam-macam ada.  Budak-budak paling suka main la.
DSC_3423DSC_3401DSC_3415DSC_3363DSC_3381DSC_3385DSC_3432DSC_3356
Dari Liverpool kami ke Manchester untuk makan di Restoran Al-Jazeera (22 Wilmslow Road, M14 5TQ, Manchester).  Restoran terkenal dikalangan orang-orang Msia.  Pastinya berjumpa orang Msia yang makan di situ.  Irfan kata sedap sangat…
DSC_3444DSC_3438

No comments:

Post a Comment