Hari ini pergi ke tempat yang diidamkan oleh anak-anak. Mak nye pun teringin gak nak pernah sebab tak pernah pegi. Disneyland Paris… Kami sampai kira-kira jam 9.30pg. Pukul 10 baru boleh masuk. Masa yang di peruntukan sehingga 9.30 malam. Kami dapat harga tiket group. Dewasa 44 Euro dan kanak-kanak 32 Euro (2 parks-WaltDisneyStudio & Disneyland Park).
Sebagai panduan.
1) Bawa bekalan makanan/minuman. Dalam tu ada la jual tapi mahal la sikit. Kalau bawa sendiri lagi jimat.
2) Kalau ada anak perempuan. Pakaikan siap-siap baju ala-ala princess. Baju dalam tu agak mahal berbanding kalau beli kat luar.
3) Masuk je ke Disneyland tu, dapatkan peta & juga acara yang ada pada hari itu, Jangan ketinggalan untuk tengok Parade. Kedua-dua park ada Parade tapi masa yang berlainan. Gunakan fast track jika perlu.
No comments:
Post a Comment