Saturday 31 March 2012

Kelana Convoy–Day 1 (London-Amsterdam)

 

Mak dah lama teringin ke Europe bersama keluarga.  Oleh itu kami dah lama menyimpan dan berjimat.  Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak cita-cita.

Di hotel, pagi-pagi lagi dah bangunkan anak-anak.  Kami perlu keluar awal kerana kami perlu menjadi orang yang pertama naik bas Kelana Konvoy (KC).  Ayah menghantar kami ke tempat parking bas & kemudiannya ayah ke rumah Bos KC untuk hantar kereta.  Ayah join krew KC untuk ke tempat pertemuan.  Jadi kami je la yg dalam bas tu berserta driver.

Basnya 2 tingkat & sangat selesa.  KC dah tetapkan tempat duduk kami, jadi tak perlu la susah-susah nak fikir nak duduk mana.  Kami menaiki bas menuju ke tempat pertemuan peserta-peserta lain di Hyde Park.

DSC_3756DSC_3773

Tepat jam 8.00pg, kami bergerak ke Dover.  Anak-anak sambung tidur dalam bas. Perjalanan hampir 2 jam.  Jauh jugak nak ke Dover tu.  Kami berehat di Dover sementara menunggu giliran untuk masuk ke terowong Eurotunnel.  Sementara itu anak bermain di tempat mainan indoor & outdoor.  Sempat juga krew KC mengajar cari membuat khemah kepada mereka yang akan tidur dalam khemah.  Tapi kami ambil kabin.

DSC_3786

DSC_3800DSC_3806P1170766

P1170756P1170759

Setelah sampai ke Calais (France), kami menuju ke Amsterdam untuk bermalam.  Dalam perjalanan kami singgah di tempat membuat coklat di Belgium.  Kami beli coklat & souviner.

DSC_3809DSC_3817

Pemandangan yang cantik disepanjang perjalanan.

DSC_3907DSC_3965

Akhirnya kami tiba di Campsite di Amsterdam.  Makan malam (Nasi, sayur & kari daging).  Dah kenyang, tidurla.

DSC_3999P1170776P1170780DSC_4004

Perjalanan kami pada hari ini.

mapKC1

2 comments:

  1. Maaf tanya ya...choc kat Belgium tu halal ke.....

    ReplyDelete